Berkata Al Habib Abdullah bin Alawi Al Haddad dalam kitab Nasoih Ad Diniyyah prihal keutamaan bersedekah:
Kelebihan sedekah sunnah
Adapun sedekah tathawwu’ (sukarela) dan membelanjakan harta pada jalan-jalan kebajikan dan kebalikan untuk menempa keridhaan Allah Ta’ala dan mengumpul pahalaNya, memang telah warid kelebihan perkara itu di dalam beberapa firman Allah Ta’ala dan Hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam yang kalau hendak dihitung tentu akan mengambil masa yang panjang.
Di antaranya saya sebutkan beberapa firman dan Hadis berikut yaitu, firman Allah Ta’ala:
وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ خَيْرٍ فَلِأَنْفُسِكُمْ وَمَا تُنْفِقُونَ إِلَّا ابْتِغَاءَ وَجْهِ اللَّهِ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ خَيْرٍ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنْتُمْ لَا تُظْلَمُونَ
(البقرة : 272)
“Dan segala barang baik yang kamu belanjakan itu adalah untuk diri kamu sendiri, dan kamu membelanjakannya itu hanya untuk menempa keridhaan Allah, dan segala barang-barang baik yang kamu belanjakan itu akan dibalas kepada kamu, sedang kamu tiada akan dirugikan.” (AI-Baqarah: 272)
FirmanNya lagi:
الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ سِرًّا وَعَلَانِيَةً فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ
(البقرة : 274 )
“Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada waktu malam dan siang, secara sembunyi-sembunyi mahupun terang-terangan, maka mereka akan memperoleh ganjaran dari Tuhan mereka, mereka tiada takut dan tiada pula berduka cita.” (AI-Baqarah: 274)
FirmanNya lagi :
ءامنوا بالله ورسوله وأنفقوا مما جعلكم مستخلفين فيه فالذين ءامنوا منكم وأنفقوا لهم أجر كبير
(الحديد: 7)
“Berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan belanjakanlah dari apa (harta) yang kamu dijadikan Allah mempusakainya. Maka orang-orang yang beriman di antara kamu dan membelanjakan (hartanya di jalan kebajikan) akan memperoleh pahala yang besar.” (AI-Hadid: 7)
FirmanNya lagi:
من ذا الذى يقرض الله قرضا حسنا فيضعفه له وله أجر كريم
(الحديد : 11)
“Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah dengan pinjaman yang baik, niscaya Allah akan membayar kembali dengan berlipat-ganda, dan dia akan memperoleh pula pahala yang besar.” (AI-Hadid: 11)
Gambarkanlah dalam dirimu segala pahala-pahala yang disebutkan oleh Allah Ta’ala tadi, di antaranya ada yang pahalanya besar, dan ada yang berlipat kali ganda, yang tentu sekali tiada terbatas banyaknya. Sebab apabila Allah SWT menyebut banyak,tiada pula ditentukan kadarnya sampai ke mana. Ini menunjukkan sebagai suatu anjuran kepada kita dari Allah SWT yang Maha Pemurah, lagi Maha Luas pengumiaanNya. Dia akan menambah seberapa banyak Dia sukai menurut kegemaran hati kita untuk bersedekah. Oleh itu akan rugilah orang yang tiada memikirkan anjuran Allah Ta’ala ini, serta tiada ingin mendalami keterangan-keteranganNya, sehingga dibiarkan sifat kikir itu menguasai diri, dan ia pun merasa sayang hendak mensedekahkan sesuatu dari kelebihan-kelebihan yang dikurniakan Allah kepadanya. Barangkali, adakalanya ia sampai merasa kikir untuk mengeluarkan zakat yang wajib, apatah lagi yang sunnat atau yang dikeluarkan secara (tathawwu’) sukarela. Kalau orang ini menjadi fakir atau miskin, tiada mempunyai sesuatu, sama ada sedikit atau banyak, niscaya yang demikian itu lebih baik dan lebih selamat.
Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dalam mengutarakan kelebihan bersedekah dan membelanjakan harta pada jalan Allah Ta’ala dalam sebuah Hadis Qudsi:
ابن آدم ! انفق أنفق عليك
“Wahai anak Adam! Belanjakanlah (hartamu itu) niscaya Aku berbelanja (menambah) untukmu.”
Sabdanya yang lain:
ما طلعت الشمس إلا وعلى جنبيها ملكان، يقول أحدهما : اللهم أعط منفقا خلقا، ويقول الاخر: اللهم أعط ممسكا تلفا
“Setiap matahari terbit, melainkan telah ada dua Malaikat di sebelah kanan dan kiri, yang satu menyeru: Ya Allah! Ya Tuhan ku! Kumiakanlah ganti terhadap orang yang membelanjakan hartanya di jalan Allah. Yang lain pula menyeru: Ya Allah! Ya Tuhan ku! Berilah kemusnahan terhadap orang yang Menahan hartanya.”
Yakinlah bahwa doa Malaikat itu mustajab (dikabulkan).
Orang yang Menahan hartanya, ataupun yang kikir untuk membelanjakannya di jalan kebajikan, meskipun harta itu tidak binasa secara lahir, tetapi pada hakikatnya ia binasa juga, kerana tidak dimanfaatkan oleh orang itu untuk kepentingan akhirat mahupun dunia. Kebinasaan serupa itu adalah lebih dipandang berat lagi, dari kebinasaan harta itu secara lahir.
Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam :
من تصدق بعدل تمر من كسب طيب ولا يقبل الله إلا طيبا، فإن الله يأخذها بيمينه، فيربيها له كما يربي أحدكم فلوه حتى تكون مثل الجبل
“Siapa yang bersedekah seberat sebiji korma dari rezeki yang baik (halal), sedang Allah Ta’ala tiada menerima melainkan yang baik saja, maka sesungguhnya Allah akan menerima sedekah itu dengan penuh kemegahanNya, lalu Dia memeliharanya (menyimpannya) penaka seseorang kamu memelihara anak kuda yang baru beranak, sehingga akhirnya sedekah itu membesar seperti sebuah gunung.”
Begitu pula ganjarannya terhadap sepotong roti atau sesuap makanan yang halal, apabila disedekahkan, sedang Allah Ta’ala tidak akan menerima selain yang halal saja. Demikianlah menurut suatu riwayat yang lain.
Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam lagi:
ياابن آدم! إنك أن تبذل الفضل خير لك، وأن تمسكه شر لك، ولا تلام علا كفاف، وابدأ بمن بعول. واليد العلياخير من اليد السفلى
“Wahai anak Adam! Jika engkau memberikan kelebihan (dari hartamu) adalah baik bagimu, dan jika engkau menahannya adalah celaka, dan tiadalah engkau akan dicela jika tidak ada kelebihan. Mulakanlah pemberianmu itu kepada orang yang engkau tanggung. Tangan pemberi lebih utama dari tangan yang menerima.”
Pada pendapatku, apa yang dimaksudkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam tentang perkataan fadhal di dalam Hadis di atas ialah kelebihan dari harta kekayaan. Begitu pula maksud perkataan kafaf ialah kadar keperluan dari harta itu. Terhadap orang yang engkau tanggungitu tidak boleh engkau mencuaikannya, atau tidak memberinya saran hidup yang cukup, sedang engkau bersedekah pula kepada orang lain, padahal mereka itu masih perlu dan belum engkau mencukupinya. Dan tangan yang memberi tetap lebih mulia dari tangan yang menerima untuk menggalakkan orang kaya supaya memberi, dan orang miskin supaya memadai dengan rezeki yang ada serta memelihara diri dari meminta-minta orang seberapa yang boleh. Akan tetapi jika keperluan sangat mendesak, maka orang yang menerima itu sama mendapat pahala dengan orang yang memberi.
Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam :
ما الذي يأخذعن حاجة بأقل ثوابا من الذي يعطي من سعة
”Tiadalah orang yang menerima kerana keperluan itu, lebih kurang pahalanya dari orang yang memberi kerana kelebihan (kekayaan}.”
Sabdanya lagi:
اتقوا النار ولو بشق تمرة، فإن لم تجدوا فبكلمة طيبة
“Takutilah api neraka itu (yakni selamatkanlah dirimu dan api neraka), walaupun dengan bersedekah setengah butir korma. Jika kamu tiada dapat berbuat demikian, maka dengan perkataan yang baik. “
Sabdanya lagi:
الصدقة تطفىء الخطيئة، كما يطفىء الماء النار
“Sedekah itu menghapus dosa, sebagaimana air memadam api.”
Sabdanya lagi:
يحشر الناس يوم القيامة أعرى ما كانوا قط، وأجوع ما كانوا قط، وأعطش ما كانو قط، وأنصب ماكانواقط، فمن كسا لله كساه الله، ومن أطعم لله أطعمه الله، ومن سقى لله سقاه الله
“Manusia dikumpulkan di Padang Mahsyar pada HariKiamat dalam keadaan setelanjang-telanjangnya, dan selapar-laparnya, dan sedahaga-dahaganya, dan sepenat-penatnya, tidak pernah mereka merasakan serupa itu di mana-mana sebelum itu. Maka barang siapa yang memben pakaian (kepada orang yang memerlukannya) kerana Allah, niscaya Allah akan memberinya pakaian kelak di waktu itu. Barangsiapa yang memberi makan kerana Allah, niscaya Allah akan memberinya makan, dan barang siapa yang memberi minum kerana Allah, niscaya Allah akan memberinya minum pula.”
Maksud kerana Allah di sini, ialah jika ia melakukan semua itu benar-benar kerana mengharapkan keridhaan Allah Ta’ala, tanpa riya’, atau mengada-ada, ataupun kerana mengharapkan pujian dari orang ramai.
Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam lagi:
من أطعم أخاه حتى يشبعه، وسقاه حتى يرويه، باعده الله من النار سبعة خنادق، مابين كل خندقين خمسمائة عام
“Barang siapa memberi makan saudaranya hingga kenyang, lalu memberinya minum hingga hilang dahaganya, niscaya Allah akan menjauhkannya dari api neraka sejauh tujuh jurang, antara satu jurang dengan jurang yang lain perjalanan sejauh lima ratus tahun.”
Selain yang tersebut di sini dari riwayat-riwayat dan berita-berita mengenai kelebihan pahala memberi orang makan dan minum, ada banyak yang lain lagi. Hendaklah anda melatih diri dalam kedua perkara ini dengan rajin dan jangan malas pula.